Wednesday, May 26, 2010

:: awwww!! nyah!!

Just now i was kononnya nak do some cleaning la dalam laptop aku.. Dah ada macam-macam jenis pic yg ada.. yang cun, yg cantik, yang huduh, yg lucah... opss.. itu takde ok dalam simpanan.. Gila??? LOL..



masa tengah syiok tengok gambar one by one, suddenly i saw this one pic yang memang one of my best kenangan la kot. It was freaking hillarious as we were required to transform husband masing-masing from a really tough man to a WOMAN ! LOL.. I wasn't really prepared actually, that's why aku makeup husband aku agak buruk.. *cubaan utk beralasan*.. plus, aku memang out la kot bab-bab nak make up orang ni.. *beralasan lagi*...



si ayu dan si vogue

Monday, May 17, 2010

:: Kau pergi jua.... ::





Another family finally peacefully passed away today at 3.30Pm.. It is Mokwo.. eventhough mokwo bukanlah nenek aku atau pun moyang aku, tapi, oleh kerana ikatan persahabatan keluarga yang amat kuat, mokwo bukanlah orang lain buat aku sekeluarga.. Mokwo seperti nenek ku juga..
Kenangan aku dengan mokwo tak banyak.. sebab kami jarang jumpa.. and aku pun jarang balik kampung.. 2 kali stahun.. itu perkara biasa.. Bila usia makin meningkat dewasa, makin kuranglah aku jumpa arwah mokwo kat kampung..
waktu aku kecik dulu, memang banyak kenangan aku dengan mokwo.. lebih-lebih lagi kat rumah usang itu.. kenangan aku, lisa, Mat and kak chik dengan arwah mokwo.. terlalu banyak.. Those memories are keep playing now in my mind.. tapi aku tak mampu nak tulis..
Keletah zaman kanak-kanak kami dengan arwah mokwo.. Kami buat mokwo melatah, kami buat mokwo ketawa.. kami buat mokwo marah, dan kami juga buat mokwo tak senang duduk.. Bubur nasi mokwo buat... sangat sedap.. walaupun kami berkongsi makan 4 orang..tapi bubur itu air tangan mokwo.. Bila badan aku sakit, mesti mokwo yang aku cari.. mokwo urut.. mokwo tekan.. sakit.. tapi nikmat lega tu tuhan saja yang tahu.. Indahnya zaman kanak-kanak dengan mokwo..
Makin lama, pendengaran mokwo pun dah tak elok lagi.. Kalau nak cakap dengan mokwo, kena kuatkan suara.... lucu melihat gelagat mokwo bila mokwo tak dengar apa yang orang tanya padanya.. Bila orang tanya "mokwo sihat tak?", mokwo senyum je.. maklumla.. tak dengar.. hehehe... orang semua ketawa.. orang kata "mokwo tak berapa dengar tu..kena jerit sikit.." ... bila kuatkan suara, baru mokwo jawab.. "sihat...." dan mokwo senyum lagi... Manis senyuman mokwo...
Bila sampai masa untuk aku pulang ke KL, mokwo mesti datang rumah ayah ngah untuk ucap selamat jalan pada kami.. Aku suka cium pipi mokwo.. lepas cium pipi mokwo, benda wajib yang aku buat, cubit pipi mokwo... mokwo ketawa sambil tepuk pipi aku.. Ketawa itu....... masih bermain-main di telinga aku..
.......................................... Tapi lepas ni, aku dah tak boleh usik mokwo lagi.. aku dah tak boleh dengar mokwo melatah lagi... aku dah tak boleh cubit pipi mokwo lagi... and... aku dah tak boleh cium pipi mokwo lagi... Mokwo dah tinggalkan kami buat selama-lamanya..
Namun, aku redha dengan ketentuan tuhan.. semua orang akan mati.. cuma kali ini giliran mokwo..
sebagai cucu, aku hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan mokwo di sana.. semoga mokwo di tempatkan dikalangan Al-Jannah.. semoga rumah baru mokwo sentiasa cerah diterangi dgn amalan2 mokwo ketika hayatnya masih ada.. semoga mokwo dijauhkan dari segala seksaan alam barzakh... amin ya-rabb al'alamin..

Saturday, May 15, 2010

:: Saturday ::

weekend yang maveles.. haha..


sangat la kononnya.. Tapi guess what, hari ni satu hari kat dalam bilik je dengan hubby. Hoits!! jangan fikir bukan-bukan.. kami tak buat apa-apa.. Hubby spent most of time fixing on the lappy, and me? on FB.. haha.. terukkan..



ok la.. tiba-tiba malas nk continue updating it. Esok la ye.. daaaaa...

Friday, May 14, 2010

:: Welkam.. Welkam ::

Wuuuhhuuuuu!!!!!! Eventhough i think that you think my world isn't crazy, but who cares?? hahaha.. menyampah tak? menyampah tak? hehe


anyway, this is my 3rd updates of today.. for the first time ok, aku sangat rajin meng'update'kan semua yang jadi today.. Ekceli, nampak sangat la kan yang hari ni macam ala-ala takde kerja kan.. V(^_^)V..



eyh, sape kata.. hari ini aku menjadi efisyen, menyiapkan semua kerja di awal pagi sebelum the TT Session with the VP (without taking into count yg pending...)
ok la.. all those can be clear out by next week.. this weekend i would probably stay at home and just do whatever i wanna do.. hehe..
owh, lari topic lagi..
ekceli, my last update for today ni nk dedicate to our new Global Alliances GM, En.Ariffin..

hehe.. itu je...
ok la.. its 6.46 already.. what am i still doing here?? its Friday.. working hour ends at 5.. hehe.. see..how good am i.. ok la..chow...

Thursday, May 13, 2010

:: CHELSEA ::


:: TT Session ::


Well.. updates of today..


Ok.. Before i proceed with my craps, i think i need to confess on something.. Ekceli, i did tried to be ala-ala matured sikit in writing.. I mean.. kononnya nak banyakkan using those bombastic malay words, ayat-ayat bunga sikit.. hehe Unfortunately, things didn't work out. Aku tetap aku ok.. No matter what. Muka macam aku ni, memang lambat la nak menggunakan bahasa dengan betul. Ok.. that's pathetic. Poor me la kan.. Dulu cikgu ajar tak nak dengar.. Ayah beli buku teks, tapi i left it at home and claimed that "cikgu tak guna buku teks".. alasan apakah?? thus, i got B3 for my BM in SPM (I deserved that la kan).. Still, I'm proud with it.. at least i passed with flying colours.. LOL..
My uncle did say something to me back in 1999, when i received my PMR result.. LOL.. He said, "Shame on you as a malay and muslim.. Your BM and Agama results should be far better than BI" .. huhu.. as i got B for my BM and Agama, and an A for my English Language..
well, i did counter back on his statement.. he shouldn't blame it on me, but the person who design the questions, til i found it easier than BM.. wattodo..
The Agama tu another story laa.. even i didn't get good results for Agama, it doesn't mean that aku ni jahil.. It just that I'm not good in memorizing the history of para2 Nabi and sahabat semua tu.. and that is also why, I can't be a lawyer.. LOL.. tiba-tiba pulak..
ENOUGH!! enough of mengenang kembali zaman sekolah..
Tengok... saya sudah melalut dengan jayanya.. Lari tajuk dah..
I went for the Teh Tarik Session with the TMG Vice Precident.. There were about 13 - 15 of us in that session from various of unit/department under TMG.. It is an informal session where they have makan-makan sambil borak-borak and updating one another.
Ekceli, aku tak tahu pun nak update apa about the session.. nothing much, but there is one thing that i like during the session, which when the VP mentioned that he wanted to change the level 54th environement, and he already got it started with one big Man U flag.. Urghhh!! go die you Man U! LOL.. Go Go the Blues!!!! hehe..
i was thinking too untuk tampal one CHELSEA flag, since there were numbers of CHELSEA fans too, tp, belum sempat nak cakap, he said "they are welcome to place any other football flags, but with 1 condition, the flag must not be bigger than ManU flag that have been placed".. ok.. what kind of condition is that.. sangat tidak adil itu Mr.VP..hahaha..

Wednesday, May 5, 2010

Siapa aku.....

Aku bukanlah seorang yang pandai dalam mengarang kata-kata.. and aku bukanlah seorang yang bijak menyusun ayat-ayat puitis. Aku adalah aku.. seorang anak sulung yang essentially agak keras kepala, stubborn, day-dreamer, lazy, hot-tempered, loud, etc.. Tapi, siapa je yang tahu bahawa aku sebenarnya adalah seorang yang sensitive, kind-hearted, soft-spoken, shy, mudah mengalah, tak boleh tengok kesusahan orang lain, etc... even my parents can't figure it out. Pelik kan? I was kinda having this so-called split personality (not much).. I'm different at home, and different at the outside.. faham tak? tak? nevermind.. leave it..



aku tiba-tiba rasa nak berubah. This is it. To make some changes in me even though not too drastic. Baru aku sedar, all these while aku bukanlah aku. And it makes me pause for few second to actually figure out who am i previously.
Even me myself is unable to think about it. Perhaps i may need someone to tell me who i was before.
Technically, i'm not satisfied with myself. There are whole lots of things that i want to achive in life and i want to be totally a new me by end of this year. I can't stand to be like this anymore where sometimes i can't find my momentum in life.
I think god had already done something to me.. kalau tak, macamana aku boleh terfikir untuk ubah diri aku untuk menjadi aku yang sebenarnya.
Susah.?? memang.. this will be one new cabaran for me.. whether i can make it or not? lets leave it to god's will, and my discipline... Insyaallah..